Wednesday, May 6, 2009

Pemimpin kanan PAS ditahan polis

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.

Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.-Dipetik daripada Malaysiakini.com

Apa nak jadi dengan Malaysia?? Orang nak buat solat hajat untuk kebaikan negara pun kena tangkap.
Apakah ini tindakan terdesak Umno yang kononnya mempertahankan demokrasi dan menegakkan Islam?? Tindakan mengalahkan komunis..

No comments:

Post a Comment