dipetik daripada telokkemang.blogspot.com
oleh Dato' Kamarul Baharin Abbas
Pada 16 April 2009, saya bersyukur kerana berkesempatan menjadi tetamu rumah Allah. Alhamdulillah, walaupun cuaca mencecah lebih 40 darjah Celcius, saya dan isteri dapat menunaikan ibadah umrah tanpa gangguan.
Maha Besar Allah yang telah menjadikan Baitullah tempat pertemuan umat dari segenap pelusuk dunia. Walaupun berkesempatan bertemu warga Afrika, Arab, Pakistan dan sebagainya tetapi saya bertemu juga dengan orang Perak.
Inilah yang melucukan ketika saya dalam perjalanan balik ke tanahair. Di Jeddah, saya berjumpalah dengan yeop ni -yang jugak seorang Datuk. Orang bergelar juga. Umnonya tebal berkarat juga.
Yang menariknya, si Yeop Perak ini tak kenal saya. Maka berceritalah kome-kome ini tentang pergolakan politik di Perak. Katanya, di Perak kita mesti terus pertahankan dengan apa cara sekalipun pemerintahan BN termasuk menggunakan istana. Sebab itu sahaja peluang yang kita ada. Katanya lagi, kalau buat pilihanraya dan pulangkan kepada rakyat -mampuslah kita.
Jadi ini adalah sekelumit catatan perjalanan saya ke tanah suci. Tetapi cerita politik tetap menjadi perhatian saya. Namun sebagai orang PKR -keadilan adalah menjadi tonggak pegangan. Yang menjadikan saya bersyukur ialah sampai di sini pun Allah tunjukkan keadilan!
Oleh itu, orang-orang Perak sedarlah bahawa kerajaan boneka BN itu hanya sementara sahaja. Mereka tidak dapat lari daripada hambatan rakyat. Apabila sampai masanya, rakyatlah tuan yang akan menentukan siapa yang layak memimpin mereka.
HIDUP RAKYAT!!!
(Kita fikirlah sendiri saudara & saudari, orang Umno sendiri telah mengakui kerajaan BN/Umno di Perak adalah kerajaan haram. Mereka sanggup melakukan apa jua cara dan tindakan untuk mengekalkan kuasa walaupun secara haram dengan membelakangkan undang-undang tubuh negeri!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment