Wednesday, September 23, 2009

Aktiviti Penghantaran Kad Raya

Assalamualikum kepada semua ahli AMK Rasah dan pengunjung laman web AMK Rasah. Baru-baru ini pada 18 dan 19hb September AMKR Rasah telah pun mengadakan aktiviti penghantaran kad raya untuk penduduk dan pengundi dun Labu. Penghantaran pertama telah bermula di Kuarters KLIA. Sebanyak 300 kad raya telah di hantar. Penghantaran kedua pula melibatkan lebih kurang 400 kad raya di kawasan kampung Tiroi, Batu 7, Batu 8,Batu 9, Batu 10, dan Labu Hilir. Rata-rata penduduk di Dun Labu yang kami temui mengucapkan terima kasih kepada Ketua Cabang yang sudi memberi kad raya sebagai tanda ingatan. Bagi AMK Rasah, ini adalah satu contoh kepimpinan yang harus dicontohi dan diteladani oleh generasi muda. Sepanjang bulan Ramadhan, AMK Rasah juga terlibat dalam program bantuan Aidilfitri kepada golongan susah, anak yatim dan ibu tunggal di dun labu. Kami juga difahamkan ada di kalangan individu-individu tertentu yang tidak menyenangi tentang aktiviti yang dijalankan oleh Cabang di kawasan-kawasan tertentu. AMK Rasah berasa amat terkilan dan sedih dengan pemikiran sempit mereka. Walaupun demikian, kami tetap berdiri teguh dibawah kempimpinan Hj Kamil selaku Ketua Cabang Rasah dan akan terus berjuang selaku jentera Keadilan Rasah pada setiap pilihanraya umum atau kecil.

No comments:

Post a Comment