Tuesday, April 28, 2009

Catatan Dari Tanah Suci

dipetik daripada telokkemang.blogspot.com

oleh Dato' Kamarul Baharin Abbas
Pada 16 April 2009, saya bersyukur kerana berkesempatan menjadi tetamu rumah Allah. Alhamdulillah, walaupun cuaca mencecah lebih 40 darjah Celcius, saya dan isteri dapat menunaikan ibadah umrah tanpa gangguan.

Maha Besar Allah yang telah menjadikan Baitullah tempat pertemuan umat dari segenap pelusuk dunia. Walaupun berkesempatan bertemu warga Afrika, Arab, Pakistan dan sebagainya tetapi saya bertemu juga dengan orang Perak.

Inilah yang melucukan ketika saya dalam perjalanan balik ke tanahair. Di Jeddah, saya berjumpalah dengan yeop ni -yang jugak seorang Datuk. Orang bergelar juga. Umnonya tebal berkarat juga.

Yang menariknya, si Yeop Perak ini tak kenal saya. Maka berceritalah kome-kome ini tentang pergolakan politik di Perak. Katanya, di Perak kita mesti terus pertahankan dengan apa cara sekalipun pemerintahan BN termasuk menggunakan istana. Sebab itu sahaja peluang yang kita ada. Katanya lagi, kalau buat pilihanraya dan pulangkan kepada rakyat -mampuslah kita.

Jadi ini adalah sekelumit catatan perjalanan saya ke tanah suci. Tetapi cerita politik tetap menjadi perhatian saya. Namun sebagai orang PKR -keadilan adalah menjadi tonggak pegangan. Yang menjadikan saya bersyukur ialah sampai di sini pun Allah tunjukkan keadilan!

Oleh itu, orang-orang Perak sedarlah bahawa kerajaan boneka BN itu hanya sementara sahaja. Mereka tidak dapat lari daripada hambatan rakyat. Apabila sampai masanya, rakyatlah tuan yang akan menentukan siapa yang layak memimpin mereka.

HIDUP RAKYAT!!!

(Kita fikirlah sendiri saudara & saudari, orang Umno sendiri telah mengakui kerajaan BN/Umno di Perak adalah kerajaan haram. Mereka sanggup melakukan apa jua cara dan tindakan untuk mengekalkan kuasa walaupun secara haram dengan membelakangkan undang-undang tubuh negeri!)

Umno-Jom Heboh-Mufti??

Petikan Perlembagaan Umno, Fasal 3, Perkara 3.3;
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

Petikan artikel oleh Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, saudara Ibrahim Yusof. Sama-sama kita hayati artikel ini dan bandingkan dengan Fasal Umno di atas.


oleh Ibrahim Yusof.

Belum pun dinobatkan melalui proses perundangan yang sah, belum pun reda polimik politik, belum pun diiktiraf mengikut Perlembagaan, kerajaan Umno Perak telah pun menunjukkan ‘taring iblisnya’. Maka benarlah kata bijak pandai ‘jerat tak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat’. Dalam hal ini, rakyat Perak sekali lagi ‘menjerat’ pelanduk BN.

Lihat sahaja baru-baru ini pesta ‘Jom Heboh’ TV3 di Lumut. Berbondong-bondonglah anak-anak muda diangkut dari segenap penjuru negeri Perak. Bergelandanganlah maksiat dan mungkarat diimport oleh “MB Zambry” sementara mufti dan para ulamak Perak membisu seribu bahasa.

Tidak pula kedengaran ‘fatwa’ dikeluarkan bahkan terang-terang melanggar fatwa yang dikeluarkan pada 30 Julai 2004 lalu. Tidak pula berbunyi kenyataan untuk membahamkan ‘fatwa pengharaman konsert Jom Heboh’ yang sebelum ini telah pun dikeluarkan.

Kalau semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang, baru-baru ini keluarlah ‘fatwa’ bahawa orang bukan Islam ‘tidak boleh’ membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Apabila YB Nga memetik ayat-ayat suci Al-Quran di dalam ucapannya, beliau dikritik. Lebih ekstrim lagi ada yang membuat laporan polis kononnya perbuatan tesebut menghina umat Islam. Walaupun perbuatan YB Nga memetik ayat-ayat Al-Quran itu adalah petanda bahawa orang-orang bukan Islam telah mula berjinak-jinak mendekati pengajaran Islam.

NGO-NGO yang menjadi tali barut Umno itu berkeras mendakwa perbuatan tersebut menghina orang Islam. Pada waktu itu orang-orang Islam yang beriman dan bertakwa tersenyum-sebab ayat tersebut bukan ditujukan kepada mereka. Ayat tersebut ditujukan kepada orang yang dilahirkan Islam tetapi menentang Islam!!!

Allah Maha Besar! Allah Maha Adil! Allah tunjukkan kepada rakyat Perak baru-baru ini apabila pesta Jom Heboh direstui oleh Umno! Mana perginya hubaya-hubaya NGO ini?? Kenapa tak buat ‘repot polis’? Adakah perbuatan terkinja-kinja, pergaulan lelaki dan perempuan bukan muhrim ini tidak menghina Islam?? Tidakkah ini memalukan orang Islam dikalangan orang bukan Islam?? Masya Allah!!! Kemana punah perginya para mufti negeri dan para bijak pandai agama Umno???

Lebih menyedihkan lagi,dengar khabarnya sepanjang pesta tersebut dijalankan-azan di masjid behampiran tidak kedengaran! Maknanya sejak waktu Asar, Maghrib & Isyak –tak ada azan!!! Tak tahulah pula, mungkin tak ada yang bersembahyang waktu itu.

Inilah transformasi yang diketengahkan oleh Umno Perak dan oleh pengerusi barunya-Dr. Zambry._IY


HIDUP RAKYAT!!!



Monday, April 27, 2009

Siapa Khianati Melayu??


Tidak perlulah untuk berhujah atau bercerita panjang menjela siapa yang khianati bangsa Melayu. Cuba kita semua lihat dan hayati Perlembagaan Umno Fasal 3 di bawah dan fikirkanlah sendiri segala peristiwa, perkara dan tindakan yang telah berlaku atau dilakukan oleh Umno.

FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
(mampukah dasar 1 Malaysia (One Malaysia) dapat dilaksanakan sedangkan ini adalah cita-cita Umno?)

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
(Contoh terkini dan jelas-lihat sahaja isu Perak; Umno secara tidak demokratik telah merampas kerajaan negeri Perak yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dengan membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri, menafikan kuasa Speaker DUN, membeli wakil rakyat PR untuk melompat dan menubuhkan kerajaan haram di Perak)

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.
(hukum hudud pun tak berani nak tegakkan...dengan tak semena-mena timbul Islam Hadhari! Isu murtad melantun-lantun dipekik lolong tapi tiada sebarang tindakan daripada Umno)

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
(Umno mempertahankan Ketuanan Melayu BUKAN Ketuanan Rakyat (kedaulatan rakyat & keadilan sosial)...akhirnya Najib hapuskan jugak DEB..sebab mana hilangnya sasaran 30% kuasa ekonomi Bumiputera?? Hanya kroni sahaja yang dapat...rakyat Melayu kesuluruhannya tak dapat!)

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
(Mahathir lah yang menjadi manusia pertama dalam Umno mengkhianati Fasal ini. Laksanakan PPSMI dan ramai dalam Umno jadi tukang angguk tanpa ada yang berani menentang...PR ke yang khianat bahasa Melayu dan bangsa Melayu???)

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
(kerjasama yang wujud sejak merdeka hanyalah antara MIC, MCA dan Gerakan sahaja...tidak menyeluruh. Umno sedia mempertahankan status-quo antara parti komponen sahaja dan tidak secara bersama parti pembangkang sebab takut kehilangan kuasa. Pentingnya kepada Umno dasar perkauman dipertahankan supaya terus berkuasa. Itu yang ada gerombolan dalam Umno fobia, gerun dan gusar dengan keupayaan PKR menyatukan semua bangsa dalm satu parti. Maka ditimbulkanlah isu-isu DSAI nak jual negaralah, perosak bangsa Melayulah...)

Bergambar kenang-kenangan semasa Majlis Makan Malam di Dragon Restaurant Seremban 2

AMK Rasah berkempen di Bukit Gantang


Ketika AMK Bahagian Rasah mengedar dan berkempen di Kg Jebong Lama, yang berada dalam Dun Kuala sepetang, kami sempat melihat sebuah sekolah jenis Kebangsaan Tamil Kg Jebong Lama. Agak menyedihkan, walaupun bangunan sekolah ini telah wujud sejak sebelum merdeka lagi tetapi kerajaan BN yang sebelum ini memerintah Perak tidak pernah ada usaha membaikinya. Menurut seorang pengawal keselamatan di situ, lantai dan siling sekolah berkenaan hampir roboh. Gambar di atas sekali menunjukkan kabin kontena yang telah dijadikan sebagai bilik darjah sementara.

Timbalan Ketua AMK Bahagian Rasah, saudara Razak Ismail bersama saudara Rebin Birham (kiri) menyampaikan risalah kempen kepada penduduk di Kg Jebong Lama.

Sokongan warga tua...walaupun sudah tidak berkeupayaan untuk berjalan, seorang warga tua ini tetap menyatakan sokongannya kepada Pakatan Rakyat.

Wednesday, April 8, 2009

Salam Perjuangan

Tunjang bahagian...sebahagian skuad AMK Bahagian Rasah yang bertugas ketika Majlis Makan Malam bersama DSAi 1hb Mac 2009 lalu.