Pilihanraya Umum 2008 yang lalu telah memberi kejutan hebat kepada BN-Umno termasuk juga Pakatan Rakyat kerana peralihan ketara pengundi menyokong pakatan pembangkang. Hasilnya, suara majoriti 2/3 BN di Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan turut berjaya dinafikan oleh Pakatan Rakyat.
Namun begitu, seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PKR Negeri Sembilan melalui Cabang Rasah perlu memperkukuhkan jentera dan rangka strategik bagi persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Dun Labu sepatutnya seiring menjana perubahan minda pengundi untuk membentuk suatu anjakan baru dalam politik Negeri Sembilan. Dun Labu sahaja yang berjaya dimenangi oleh Umno dalam Parlimen Rasah sedangkan dun-dun lain dalam kawasan parlimen ini-Mambau, Bukit Kepayang, Rahang dan Senawang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat melalui DAP.
Beberapa maklumat telah diterima daripada sumber yang diyakini menyatakan Umno telah dan sedang berusaha membuat pemindahan pengundi-pengundi Melayu berdaftar dari luar Dun Labu dibawa masuk ke Labu sebagai pengundi baru. Maklumat tersebut menyatakan pengundi-pengundi Melayu yang berdaftar dari Dun Chuah, Mambau, Rahang dan Bukit Kepayang sedang giat dipindahkan ke Dun Labu.
Dalam beberapa mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Rasah telah membuat ketetapan untuk mempertahankan Dun Labu dan mereka mengakui tidak mampu untuk merampas kembali lain-lain dun dalam Parlimen Rasah. Mereka telah melihat potensi Dun Labu untuk dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.
Pada PRU 2008 lalu, majoriti yang diperolehi oleh calon Umno di Dun Labu ialah 1405. Jika momentum pengundi-pengundi bukan Melayu berterusan menyokong PR ditambah dengan usaha jitu menyakinkan para pengundi di LBJ, Gadong, Kg. Kondok dan Labu Hilir, sudah pasti jangkaan kemenangan besar akan berpihak kepada PR.
Jumlah undi kemenangan calon Umno pada PRU 2008 di Dun Labu datang dari kawasan mengundi di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas. Usaha berterusan dan strategi yang mantap oleh jentera PKR Rasah yang dijalan secara konsisten memungkin peralihan undi di kawasan-kawasan yang tewas dalam PRU 2008 kepada PKR pada PRU akan datang.
Dun Labu berada dalam lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan KLIA, Bandar Enstek, Bandar Baru Nilai dan mempunyai jarigan lebuhraya utara-selatan yang merentasi kawasan Labu. Oleh itu, tidak menjadi suatu halangan kepada golongan pengundi muda iaitu saluran 4 dan 5 untuk memilih PR kerana mereka berada dalam jaringan infomasi yang luas. Pencerahan minda harus digerakkan kepada seluruh pengundi Labu agar pembangunan yang menyeluruh dapat disalurkan dan BUKAN pembangunan berpilih-pilih dengan ada kawasan-kawasan yang masih ketinggalan kerana wujudnya dasar membalas dendam kepada penduduk yang menyokong PR oleh Umno.
Tuesday, November 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)