Thursday, September 17, 2009

Pilihan Raya Bagan Pinang

Bulan depan ada dua raya. Satu hari raya satu lagi pilihan raya. Kita melihat dalam tahun ini banyak pilihan raya yang berpihak kepada Pakatan Rakyat. Angkatan Muda Keadilan Rasah amat yakin pilihan raya Bagan Pinang kali ini amat mencabar dan menuntut kerjasama dari semua kompenan pakatan rakyat untuk merampas dewan undangan negeri Bagan Pinang. Jika kita menang ianya satu tamparan hebat buat UMNO-BN yang begitu ketara sekali kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya kecil yang lepas. Seperti yang kita akan jangkakan isu pengkianatan yang dijaja oleh UMNO-BN untuk meraih sokongan orang melayu akan menjadi salah satu senjatanya. Mereka boleh berkata apa sahaja namun mereka gagal untuk mengeluarkan satu hujah atau fakta yang menyokong apa yang didakwa oleh mereka. Golongan anak muda khususnya yang bakal mengundi di Bagan Pinang seakan memberi isyarat mereka tidak akan termakan dengan taktik lapok dan basi serta jijik yang dimainkan oleh UMNO-BN. Merekalah sebenarnya yang akan menjadi penentu kepada pilihanraya kelak.

Blog ini akan terus menjadi media altenatif kepada pilihan raya Bagan Pinang 24 jam secara langsung untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui perkembangan terkini. Angkatan Muda Rasah akan terus membantu sebagai jentera pemuda didalam setiap kempen yang akan diselarasakan kelak. Kami anak muda tetap berdiri teguh untuk mempertahankan kemenangan pakatan rakyat dan akan menjadi pelapis kepimpinan masa akan datang.

No comments:

Post a Comment